Tuesday 13 December 2011

TIPS MEMBELI RUMAH

1) LOKASI


Sebelum kita membeli rumah, adalah penting utk mempunyai objektif yang jelas untuk apa rumah itu dibeli:

- Beli rumah untuk terus diduduki
- Beli rumah untuk investment

Ciri2 yang penting utk kedua2 kriteria di atas:
- Lokasi
- Lokasi
- Dan Lokasi


2) AGEN


Kadang2 kita selalu untuk mengelak dari menggunakan agen. Alasan yang diberikan kerana if kite dapat berjumpa dengan tuan rumah, or deal directly with the owner, kita akan dapat harga yg jauh lebih murah.

Sebenarnya kita silap. 

Kita sebenarnya boleh leverage on knowledge and kepakaran yang ada pada agen.

Misalannya sekiranya harga yang diletakkan oleh Tuan Rumah RM300,000. Kita boleh survey harga market persekitaran dan minta Agen untuk bantu kita mendapatkan harga yang kita mahukan. Contoh RM250,000.

Sebagai Agen, mereka mempunyai pengalaman untuk berurusan dengan Tuan Rumah dan silap haribulan kita boleh dpt harga yang kita mahukan :)

Just minta tolong mereka fight untuk kita. Yang penting kita tak perlu bayar apa2 pada agen, tuan rumah yang akan bayar komisyen pada agen. So if kita dapat dengan harga yang kita nak, then kita proceed if tak put a full stop survey lagi property yang lain :)

Website2 yang saya gunakan untuk property hunting di Malaysia adalah seperti dibawah:
1) Mudah.my
2) www.iproperty.com.my
3) www.propwall.my
4) thinkproperty.com.my
5) www.fullhouse.com.my/
6) dan lain2...


3) PINJAMAN PERUMAHAN

Sebenarnya saya  kini tengah dalam process membuat pinjaman perumahan.

Sebelum ni, saya rasa pinjaman perumahan amat menyusahkan dan melecehkan sbbnya saya terpaksa pergi ke setiap bank untuk mendapatkan best rate masing2.

Setiap bank pulak akan claim bank merekalah yang offer best rate. Paling kurang sabar bila pergi ke bank2 tersebut dan pegawai in charge takde and terpaksa datang balik. Waste of energy and efford.

Little did i know yang sebenarnya kita boleh menggunakan mortgage consultant  for them to do all the running activities for us. Dorang ni macam runner la kirenya...

Actually dorang bukan sahaja boleh check the best rate for us, bahkan ade link dgn lawyer and everything and we can ask for discountsssss :)

Paling best, dorang yang akan chase kita utk dptkan all the documents for bank approval. Yelah, kite ni sometimes kene ketuk (eh pls read too busy) with all our stuffs and everythings :D so dorang ni kirenye one stop centrelah :)

4) TATACARA BERURUSAN DGN AGEN

Adalah penting untuk kita buat sedikit kerja rumah mengenai Agen yang baru kite kenali sama ada di internet mahupun di luar. Agen yang bertauliah ialah Agen yang berdaftar dengan The Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia
So, mcm mana nak check?

1) Sewaktu berurusan dengan Agen tersebut dapatkan Business Card beliau
2) Dlm business card tu mesti ada Company Agen terbabit beserta nombor pendaftaran seperti E777 untuk individu dan E (3) 0211 untuk firma hartanah
3) Pergi ke laman http://www.lppeh.gov.my/
4) So check Company terbabit sama ada berdaftar dgn LPPEH atau tidak. Sekiranya tidak berdaftar, jgn sekali2 mengambil risiko ya tuan puan sbb if berdaftar kite boleh buat aduan kepada LPPEH untuk sebarang masalah dikemudian hari.
5) Paling penting sewaktu membayar 3% deposit tu bayar kepada nama Company yang berdaftar tadi bukan pada nama Agen ya.

Semoga tips ini membantu anda :)
Selamat menggunakan khidmat Agen Profesional...


5) DOKUMEN SOKONGAN


Mungkin sesetengah dari anda dah tahu, tapi saya baru tahu bahawa amatlah penting untuk kita membuat watermark pada dokumen yang dihantar kepada Agen, Mortgage Consultant mahupun bank sewaktu membuat urusan pinjaman perumahan, lawyer dan lain2 lagi.

Kenapa?
Supaya dokumen kita tidak disalah gunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab seperti memohon kredit kad dan sebagainya.

So, macam mana nak buat watermark?

Senang sahaja, sekiranya anda pengguna photoshop, boleh menggunakan software tersebut dan adjust opacity of the font color supaya tidak mengganggu isi kandungan dokumen tersebut.

Ataupun google sahaja "free watermark software" dan download applykan kepada semua dokumen anda.