Saturday 24 September 2011

INTRO DARI PENULIS....

Assalamualaikum w.b.r

Salam sejahtera buat semua bloggers. Untuk makluman semua, inilah kali pertama saya menulis di blog sendiri. Blog yang saya perkenalkan khas untuk berkongsi pengalaman dan minat yang mendalam tentang  rumah dan hartanah..Setelah sekian lama berhasrat utk menulis di blog sendiri, baru kini saya berpeluang merealisasikan impian tersebut..Sedikit info mengenai diri saya..saya merupakan ibu kepada 2 cahayamata..bekerja sebagai Projek Eksekutif di syarikat pemaju hartanah..merupakan graduan lulusan Sarjana Muda Kej. Awam dari salah sebuah universiti tempatan dalam negara...

Setelah 5 tahun berkecimpung dalam bidang pembinaan dan terkini bekerja dengan syarikat pemaju hartanah, ditambah pula hubby pn turut menceburi industri yang sama (dgn pengalaman lebih 10 tahun), saya rasa terpanggil untuk menulis berkenaan rumah dan hartanah yang mana merupakan kecenderungan saya semenjak dulu..Saya mendapati diri saya begitu gilakan hartanah sehingga berani mengambil risiko membeli rumah sendiri di awal usia 20-an sedangkan sy bukanlah dr keluarga senang lenang..Dalam masa yg sama, saya juga sanggup bekerja keras semata-mata mahu mengumpul wang membiayai rumah di kampung yang hampir dilelong..Dgn itu, saya kini telah memiliki 2 buah rumah hasil penat lelah selama ini..Syukur ke hadrat Illahi.. Rumah pertama di kg yg mana telah dipindah milik kpd saya memandangkn sy yg telah 'menyelamatkn' rumah tersebut drp dilelong...dan rumah kedua adalah rumah kediaman kami sekeluarga sekarang berupa sebuah servis kondominium di ibu kota.

Saya berharap dengan menulis di sini, dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan masyarakat..juga mengharapkan agar kita dapat bersama-sama menggunakan peluang ini untuk saling bertukar idea dan fikiran kerana saya yakin di luar sana ramai yang ingin tahu berkenaan hartanah terutamanya tentang pembelian rumah. Saya juga orang baru yg masih perlu byk belajar..jadi jika ada salah dan silap saya pohon agar kita sama-sama dapat saling membantu memperbaiki diri sendiri ke arah yg lebih baik.

Marilah kita bersama-sama manfaatkan peluang ini untuk menjadi hamba Allah yang lebih berguna..berilmu..berdaya saing..bertambah KAYA dunia dan akhirat...Amin...

No comments:

Post a Comment