Sunday 25 September 2011

SKIM RUMAH PERTAMAKU





Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan utk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank terpilih utk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dgn hasrat kerajaan utk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.


Kriteria Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pembeli rumah pertama
  • Individu berumur sehingga 35 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
  • Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
  • Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.




Harta yang layak :

  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM220,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)


Keperluan pembiayaan :
  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Cagamas Berhad merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan mengenai urusan Skim ini iaitu dalam memberikan kelulusan 10% tambahan untuk pinjaman 100% bagi pembelian rumah kepada mereka yang layak.


Sumber :

http://www.srp.com.my/ 

No comments:

Post a Comment