Saturday 24 September 2011

TAHUKAH ANDA....

Selamat pagi semua...

Tahukah anda di dunia ini hanya terdapat 2 komoditi yang begitu menguntungkan dan tinggi nilainya yang mampu meningkatkan kekayaan kita. Mungkin juga ada di antara kita pernah mendengar kata orang tua-tua mengenai betapa 2 komoditi ini mampu mengubah nasib mereka dan meletakkan mereka di kedudukan yang lebih tinggi berbanding orang lain.
Tak lain tak bukan, 2 komoditi yang saya maksudkan adalah ;


1) Emas





2) Tanah (hartanah)




Sejak kebelakangan ini, pelaburan emas mula mendapat perhatian maasyarakat di negara kita. Dengan kenaikan harga emas yang kian melonjak tinggi, ramai di antara kita mula sedar mengenai betapa bernilainya komoditi tersebut dari semasa ke semasa. Namun begitu, saya tidak akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan topik ini kerana apa yang ingin saya tekankan di dalam blog ini ialah berkisarkan mengenai hartanah shj.

Masyarakat dahulukala diukur kekayaan mereka berdasarkan berapa banyak tanah yang mereka miliki. Tanah merupakan aset yang cukup berharga sehingga berupaya menjadikan pemiliknya bergelar JUTAWAN dalam sekelip mata. Kita mungkin pernah membaca mengenai pemilik tanah yang dibayar pampasan oleh pihak pemaju utk memajukan tanah mereka, atau peneroka2 Felda yang mendapat imbuhan hasil titik peluh mengusahakan ladang mereka sendiri. Sudah pasti ganjaran yang mereka peroleh bkn sedkikit. Malah ada yang bernasib baik bergelar OKB serta merta.

Antara faktor yang mendorong saya menulis di sini adalah utk memberi kesedaran kpd bangsa saya sendiri mengenai kepentingan menjaga aset terpenting peninggalan nenek moyang kita ini, dan tahu menguruskannya sebaik mungkin. Suatu ketika, orang Melayu kaya dengan hartanah yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Namun kini, saya dapat melihat ramai di antara kita yang bersikap tamak dan rambang mata, malah sanggup menjual tanah pusaka warisan tutun temurun demi kerana wang. Jika perkara seperti ini tidak dikekang, saya percaya suatu hari kelak, generasi kita pasti kehilangan warisan penting tinggalan nenek moyang mereka, malah tidak keterlaluan jika saya katakan mungkin mereka suatu hari nanti turut merempat di negara sendiri...Fikir-fikirkan..



No comments:

Post a Comment