Sunday 25 September 2011

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA (PR1MA)







TUJUAN
Tujuan perlaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman


LATAR BELAKANG
Penyediaan perumahan kepada setiapm lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bg ketegori perumahan yg lain.


Pada masa ini terdapat jurang yg ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi pulangan yg lebih besar.


RASIONAL
Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bg menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan.


KAEDAH PERLAKSANAAN
Program ini akan dilaksanakan melalui kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yg bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghununya.



PINJAMAN PERUMAHAN
Pembeli boleh membuat pinjaman perumahan di mana-mana bank terpilih dengan kelayakan sehingga 105%. Tambahan 5% adalah bagi membayar kos guaman dan insuran.


LOKASI
Pembangunan untuk Projek PR1MA akan dibangunkan di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Ara Damansara (Petaling), Bandar Tun Raak (Cheras), Putra Heights (Subang Jaya), Bandar Bukit Raja (Klang), Kota Elmina (Sg. Buloh), Sg. Besi (Kuala Lumpur), Elmina Timur dan Elmina Barat (Shah Alam), Lagong Mas (Rawang), Bandar Einsdale (Seremban) dan Seremban Sentral



SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON

Warganegara Malaysia



21 Tahun Ke atas. 


Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya. 


Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000. 



Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125) 


SYARAT-SYARAT LAIN

Pembeli hanya boleh menjual rumah yg dibeli di bawah Program ini selepas tempoh 10 tahun



Untuk melihat broucher bagi PR1MA Fasa pertama di Presint 11, Putrajaya, sila klink link berikut ;
http://www.pmo.gov.my/pr1ma/PR1MA_P11.pdf










No comments:

Post a Comment