Sunday 25 September 2011

RUMAH PERTAMA SAYA

Tak lengkap rasenya jika tidak bercerita mengenai rumah saya sendiri. Inilah rumah yang saya beli hasil titik peluh bekerja keras selama bertahun-tahun. Rumah ni saya beli pada tahun 2006. Masa tu umur saya baru 24 tahun. Harga rumah ni RM187,000.00. Setelah ditolak 7% diskaun Bumiputera, saya hanya perlu membayar sebanyak RM173,910.00 sahaja termasuk kos guaman dan kos-kos lain yang diberikan percuma.

Lokasi rumah ni terletak di Puchong, Selangor. Sebelum membuat keputusan membeli rumah ini, saya terlebih dahulu meninjau projek-projek perumahan lain di kawasan sekitar Puchong. Target saya adalah rumah kos sederhana sekitar harga RM150,000.00 bersesuaian dgn kadar pendapatan saya ketika itu. Tak dinafikan agar sukar utk mendapatkan rumah teres dengan bajet tersebut. Jadi awal2 lagi dah set target utk cari umah samada kondominium atau apartment saja.













Hanya Tuhan yg tahu betapa terujanya saya sewaktu mendapat kunci dan pertama kali menjejakkan kaki ke rumah tersebut. Hati saya melonjak-lonjak gembira dan perasaan seolah-olah tidak percaya. Ianya merupakan pencapaian peribadi yg cukup besar buat diri saya memandangkan saya telah melalui pelbagai dugaan dan kepayahan sebelum ini. Saya dapat rasakan betapa Allah s.w.t telah membalas pengorbanan dan usaha keras saya selama ini.

Saya nekad untuk memiliki rumah sendiri di usia muda walaupun sedar risiko yang bakal saya hadapi drp tindakan tersebut. Saya terpaksa korbankan hampir sebahagian drp pendapatan bulanan bg membayar ansuran kepada pihak bank. Saya juga perlu lebih berjimat cermat dalam berbelanja dgn meletakkan keutamaan kpd pembayaran ansuran bulanan rumah terlebih dahulu.

Namun begitu, dengan memiliki rumah, ianya memberikan saya satu kepuasan dan motivasi diri untuk bekerja dengan lebih keras bg memastikan rumah tersebut kekal menjadi milik saya. Percayalah, sebaik berjaya memiliki rumah anda sendiri, secara otomatik anda akan lebih komited dan rajin bekerja. Anda akan sedar kini tanggungjawab anda semakin bertambah dengan adanya rumah tersebut.

No comments:

Post a Comment